Musim Bunga – Hari Ke Enam (Ueno & Akihabara & Haneda)

Travelog ke Jepun

Hari Ke Enam 16 April

Hamamatsucho

Hari ni adalah hari ke enam kami di Jepun dan hari terakhir kami di sini untuk musim bunga tahun 2018. Destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia ialah Ueno dan Akihabara. Malam tadi barang-barang sudah disimpan siap-siap di dalam luggage untuk pulang ke Malaysia supaya tidak terkejar pagi nanti. Baju yang nak digunakan pada hari terakhir ini sudah diasingkan sebelum beg-beg dikunci. Sebelum ke Ueno, kami check out dulu dari hotel supaya tidak berpatah balik dan terus ke stesen Hamamatsucho untuk meletakkan luggage di stesen. Untuk membawa luggage yang besar sambil berjalan dan menaiki keretapi tidak mudah di Jepun. Oleh itu cara  yang anda boleh gunakan sama ada simpan di locker di stesen keretapi atau simpan di hotel di mana anda menginap jika ianya tidak jauh untuk anda patah semula ke hotel nanti.

Stesen Hamatsucho adalah stesen yang menyambungkan keretapi ke lapangan terbang Haneda. Tetapi setibanya di Hamamatsucho kami tidak jumpa locker yang kosong untuk menempatkan luggage kami yang besar. Akhirnya kami suami isteri bersetuju untuk menghantar beg-beg kami ke Haneda airport dulu kemudian patah semula ke Tokyo menyambung perjalanan kami yang seterusnya. Perjalanan dari stesen Hamamatsucho ke lapangan terbang Haneda cuma 18 minit dengan menaiki Tokyo Monorail. Jarak yang dekat membuatkan kami sanggup ke lapangan terbang dulu kemudian patah semula. Tetapi jika ianya adalah lapangan terbang Narita, menghantar beg bukanlah satu tindakan yang bijak kerana masa perjalanan yang agak jauh iaitu 1 jam. Setibanya kami di Haneda, terdapat bahagian penyimpanan luggage yang betul-betul berhadapan dengan kaunter Air Asia. Harga penyimpanan beg di Haneda juga murah dibandingkan di locker di stesen stesen keretapi iaitu 1300 yen untuk 4 beg 2 besar dan 2 kecil. Waktu simpanan ialah satu hari.

Kaunter penyimpanan beg berhadapan dengan kaunter Air Asia.

Ueno

Sumber dari JapanGuide.com

Selepas menyimpan beg kami patah semula ke stesen Hamatsucho. Perjalanan kami seterusnya ialah ke Ueno dan Akihabara. Apabila sampai di stesen keretapi Ueno kami keluar untuk ke Ueno Park. Bila keluar dari stesen keretapi akan kelihatan Ueno park berjalan kaki dalam 270m sahaja. Ueno park amat besar dan terdapat pelbagai tempat menarik di dalamnya. Ueno Park adalah salah satu tempat yang paling terkenal di waktu musim bunga di Jepun keranan terdapat acara yang dipanggil Hanami iaitu menonton bunga ceri yang paling popular dan meriah di Tokyo. Terdapat lebih daripada 1000 pokok ceri yang terletak di laluan tengahnya. Bunga ceri biasanya mekar pada akhir bulan Mac dan awal April dan memandangkan kami pergi hujung musim bunga, bunga-bunga cerri dan sakura di ueno park sudah luruh ke bumi. Tapi masih terdapat pesta bunga yang sedang berlangsung di situ dan kami berpeluang untuk melihat keindahan bunga-bunga yang berkembang mekar. 

     

 

Setelah itu kami ke Ameyoko street dengan berjalan kaki. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat taman-taman indah. Apabila berjalan kaki di jepun anda dapat merasai kehidupan sebenar rakyat Jepun dan ia memberi satu pengalaman yang tidak ternilai untuk belajar budaya hidup mereka yang bersih dan teratur. Di sini terdapat pelbagai barangan murah yang boleh di beli. Selain dari banyak barangan murah yang boleh dibeli, terdapat juga banyak restoran halal yang ada disini dan kami makan di salah sebuah kedai makan di situ yang dikenali dengan Chicken Man.

 

Akihabara

Selesai di Ueno kami bertolak pula ke Akihabara yang terkenal sebagai electric town. Akihabara adalah kawasan yang paling saya minati 20 tahun yang lepas kerana barang-barang elektronik yang ada jual disini. Tetapi sekarang ini kelihatan pelbagai kedai manga dan anime di sekitarnya selain dari barang elektronik. Kekangan masa membuatkan kami sekejap sahaja di Akibahara. Terdapat pelbagai kedai yang menjual barangan elektrik dan kami hanya sempat singgah dalam beberapa sebelum berangkat ke lapangan terbang Haneda. Dalam dua jam di Akihabara kami kemudian ke stesen Hamamatsucho semula untuk ke lapangan terbang dengan Tokyo Monorail. Memandangkan pesawat kami berangkat lewat malam jadi sempatlah kami pusing-pusing sekitar di haneda dan menikmati makan malam juga di sana. Terdapat surau di Haneda di tingkat yang sama dengan departure hall. Sekiranya anda tidak jumpa, boleh tanya dekat kaunter pertanyaan.

Tamatlah travelog kami di Jepun selama 6hari 5 malam. Dari pengalaman inilah yang membuatkan suami saya sekarang ini sudah jatuh cinta dengan Jepun. Dengan minat yang sama dan restu dari suami membuatkan kami merancang perjalanan yang seterusnya.

Ja matta ne!


Ini adalah senarai tempat-tempat menarik yang ada di Uena dan Akihabara:

Ueno

1.Ueno Park

2. Ueno Zoo

3. Ameyoko Street Market

4. Hard Rock Cafe Ueno

5. Hard Off

6. Book Off

Akihabara

1.Chuo Dori

2. Shopping Complex

  • Yodobashi Camera
  • BIC Camera
  • Donquijote

Sila Klik Di Bawah Untuk Itenerari-Jadual Perjalanan Seterusnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *