Persiapan Melancong Ke Luar Negara Dengan Anak Kecil Dan Warga Tua

Persiapan Untuk Melancong Ke Luar Negara Dengan Kanak-Kanak Dan Warga Tua

Sekiranya anda ingin melancong ke luar negara dengan keluarga anda, terutamanya jika terdapat kanak-kanak kecil dan warga tua, anda mungkin risau jika anda pergi tanpa agensi pelancongan. Perjalanan anda perlulah santai dan anda perlulah melakukan perancangan yang betul sebelum memulakan perjalanan bagi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Disini saya kongsikan beberapa tips jika anda melancong bersama keluarga.

1.Visa

Jika anda ingin melancong ke luar negara, periksa visa sebelum memasuki sesebuah negara. Untuk mendapatkan visa terdapat beberapa proses yang harus dilakukan dan proses-proses itu kadang-kadang berbeza dari sebuah negara ke negara yang lain. Contohnya jika ke negara Jepun, visa akan diperolehi ketika anda masuk ke Jepun yang dipanggil Visa on Arrival. Visa ini hanya akan diperolehi untuk rakyat Malaysia yang mempunyai passport biometrik dengan chip. Tetapi jika anda mempunyai pasport lama tanpa chip, anda haruslah memohon visa terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Kedutaan Jepun di Malaysia di link berikut.

Embassy of Japan

Passport Malaysia Yang Mempunyai Microchip  

Anda boleh rujuk senarai negara-negara tanpa visa yang boleh dikunjungi oleh rakyat Malaysia di link disini. Kelebihan pergi ke negara tanpa visa ialah kita boleh terus menempah tiket kapalterbang. Tetapi jika perlu ada visa untuk memasuki negara tersebut, Visa harus dipohon terlebih dahulu sebelum membeli tiket kapal terbang. Ini bagi mengelakkan kemungkinan permohonan visa ditolak dan anda akan rugi sekiranya tiket kapal terbang telah ditempah. 

2. Tiket Kapal Terbang

Melancong ke luar negara memerlukan banyak wang untuk dibelanjakan dan kos yang besar ialah tiket kapal terbang. Untuk mendapat tiket murah, anda harus membeli lebih awal dalam tempoh 6 bulan ke setahun. Tetapi bagi saya dan suami saya, jadual kerja dan dan komitmen di tempat kerja sukar bagi kami membeli tiket terlalu awal. Kami hanya boleh membeli tiket 2 hingga 3 bulan sebelum kami pergi melancong. Terdapat pelbagai applikasi yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan harga bagi kapal terbang. Saya biasanya akan menggunakan Skyscanner, Google Flight, Traveloka, Kayak dan Cheapflights. Tetapi saya tidak beli terus dengan laman web tersebut. Saya akan merujuk tiket mana yang murah kemudian akan beli tiket terus dari syarikat penerbangan tersebut. Ini adalah kerana kita boleh mendapat airfare miles points dari syarikat penerbangan tersebut. Jika anda mempunyai budget yang terhad tetapi ingin juga pergi bercuti ke luar negara, saranan saya lebih baik membeli tiket lebih awal kerana ia lebih menjimatkan. Jadi duit lebihan boleh digunakan untuk membeli belah dan makan. Terdapat pelbagai halaman web yang boleh anda rujuk bagi  membeli tiket mengikut budget anda. 

Skyscanner

Google Flights

Traveloka

Kayak

Cheap Flights

Air Asia

Jika anda ingin mencari penerbangan murah, Air Asia selalu menawarkan promosi tambang murah dan adalah lebih baik sekiranya anda berdaftar dan menjadi member Air Asia Big supaya mendapat makluman awal sekiranya mereka mengadakan promosi tambang rendah. Sekiranya anda hanya menempah tiket kapal terbang iaitu tempat duduk sahaja. Anda masih boleh membuat beberapa penambahan (add on) selepas pembelian di buat seperti gambar di bawah. Bila kita buat add on selepas tempahan, harga menjadi agak tinggi dari tempahan awal. Jadi pastikan sebelum anda menempah tiket, anda sudah tahu apa yang nak dibeli untuk mengelakkan kos-kos bertambah. Jika tidak harga yang akan anda dapati hampir sama dengan penerbangan premium airline seperti MAS, ANA dan lain-lain. 

 
Add On In Flights

Selain daripada penerbangan Air Asia terdapat banyak lagi airline mengikut destinasi negara yang anda pergi dan pelbagai promosi tambah murah boleh di dapati sekiranya anda rajin untuk memeriksa. Antara airline yang sudah saya naiki ialah MAS, Air Asia, JAL dan ANA airlines 

3. Paspot

Paspot adalah dokumen yang penting jika anda ingin ke luar negara. Pastikan paspot anda masih lagi sah dan bukan kurang dari 6 bulan dari tarikh anda terbang. Sekarang ni cara memperbaharui paspot terlalu mudah dan tiada alasan untuk anda tidak memperbaharuinya. Berikut saya kongsikan laman web Jabatan Imigresen Malaysia bagi bayaran paspot yang dikenakan.

Jabatan Imigresen Malaysia -Pasport Malaysia Antarabangsa

4. Tempahan Hotel atau Tempat Penginapan

Sama seperti tiket kapal terbang, untuk mendapat hotel atau penginapan murah. Pastikan anda menempah awal bagi mengelakkan harga yang melambung tinggi jika membeli saat akhir. Terdapat pelbagai applikasi di laman web yang menawarkan tempahan hotel di luar negara dan juga perbandingan-perbandingan harga yang boleh kita rujuk. Tetapi pastikan jadual perjalanan anda sudah muktamad kerana sekiranya anda ingin menukar sewaktu saat akhir, akan ada bayaran yang dikenakan oleh pihak hotel. Jadi pastikan sewaktu membuat tempahan, hotel atau penginapan yang anda pilih boleh membuat pembatalan sekurang-kurangnya sebelum tarikh anda menempah. Ini terjadi kepada saya sewaktu menempah hotel di kawasan Gunung Fuji Jepun dimana penginapan di hotel yang kami tempah tidak boleh di batalkan apabila kami menukar tarikh ke sana. Antara laman web yang saya selalu gunakan adalah Booking.com, Trivago, Agoda dan Traveloka. Link untuk ke laman web yang dinyatakan adalah seperti berikut:

Booking.com

Agoda

Traveloka

Trivago

Hotels.com

5. Mengambil Suntikan Vaksin Dari Tempoh 4 Minggu Hingga 6 Minggu Sebelum Melancong

Adalah penting untuk mendapatkan vaksin sekurang-kurangnya 4 hingga 6 minggu sebelum anda melancong. Ini akan memberikan masa vaksin untuk mula bekerja jika tempoh masa lebih awal diberikan, jadi anda dilindungi semasa perjalanan anda nanti. Ia juga akan memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan vaksin yang memerlukan lebih daripada 1 dos. Mendapat vaksin akan membantu memastikan anda selamat dan sihat semasa anda dalam perjalanan. Ia juga akan membantu memastikan anda tidak membawa apa-apa penyakit yang serius kepada keluarga, rakan, dan komuniti anda sebaik anda tiba di negara anda semula. Suntikan vaksin seperti Influenza, Hepatitis A, Hepatitis B, Thyphoid adalah antara suntikan vaksin yang selalu diambil bila melancong ke luar negara. Sesetengah penyakit mudah berjangkit keatas badan seseorang jika vaksin tidak diambil. Vaksin haruslah diambil diantara empat minggu ke enam minggu sebelum melancong. Kalau ke negara Jepun, virus influenza adalah penyakit yang ditakuti boleh berjangkit pada pelancong kerana faktor cuacanya yang sejuk. Untuk mencegah lebih baik anda mengambil vaksin ini sebelum anda melancong. Untuk kami sekeluarga, kami mengambil vaksin di Hospital Pantai Bangsar dan boleh terus berurusan dengan bahagian vaksin di hospital tersebut. Manakala untuk kanak-kanak sila berurusan dengan doktor pakar kanak-kanak (paeditrician) yang selalu anda jumpa kerana doktor akan menilai dulu tahap kesihatan anak-anak sebelum vaksin diberikan. Setelah vaksin diberikan, pihak hospital atau klinik akan memberi kad untuk rekod peribadi seperti gambar di bawah. Vaksin akan bertahan selama setahun di dalam badan kita kemudian jika ada perancangan ke luar negara selepas setahun anda harus mengambilnya semula. Anda juga boleh mengambil suntikan ini di klinik-klinik luar dan tidak semestinya di hospital dan ia lebih menjimatkan. Bagi saya pula, kerana saya mempunyai rekod perubatan di hospital jadi ini akan memudahkan doktor untuk memeriksa dan akan membuat penilaian sebelum suntikan diberikan.

 
Kad Vaksin dari Hospital Pantai Bangsar 

6. Matawang Asing dan Pengurup Wang (Money Changer) 

Sebelum anda pergi ke luar negara, pastikan anda telah menukar duit ke mata wang negara yang ingin anda lawati. Untuk rate tukaran wang asing, saya biasanya akan merujuk laman web XE  untuk menyemak tukaran wang semasa sebelum saya pergi melancong. Terdapat banyak pengurup wang (money changer) yang sedia ada di Kuala Lumpur, tetapi sebelum menukar duit tersebut, anda juga boleh membandingkan kadar mata wang dan ratenya kadang-kadang berbeza dari satu kedai dengan sama lain bergantung kepada lokasi. Pengurup wang kegemaran saya berada di Mid Valley dan di Jalan Masjid India. Pastikan anda membawa wang yang mencukupi terutama apabila anda membawa perjalanan keluarga anda bersamab anda ke luar negara. Terdapat beberapa pengurup wang yang memberi tukaran wang yang tinggi yang terletak di Selangor dan Kuala Lumpur dan untuk mengetahui lebih banyak maklumat sila klik di sini.
 
7. Kad Kredit atau Kad Debit

Sebelum ke luar negara pastikan anda sudah mengaktifkan kad kredit dan kad debit anda bagi pengeluaran di luar negara. Dua kad ini penting untuk anda membuat persediaan walaupun wang cash sudah mencukupi sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara kecemasan. Penggunaan kad kredit sangat mudah tetapi kadang-kadang tukaran wang boleh menjadi lebih mahal. Tetapi ada juga beberapa tempat shopping yang memberi lebih diskaun sekiranya anda membeli menggunakan kad kredit.

8. Insuran Perjalanan dan Insuran Diatas Pesawat

Kebiasannya saya membeli dua pelan insuran daripada airline dan insuran perjalanan dari syarikat insuran iaitu AXA Smart Traveller atau ETIQA Tripcare 360 Takaful. Mungkin ada yang beranggapan melancong dalam tempoh yang pendek tidak memerlukan insuran tetapi insuran perjalanan amat penting jika ke luar negara. Jika anda membeli insuran daripada syarikat penerbangan, perlindungannya (coverage) agak terhad. Jika kita baca klausa-klausa di dalam kontrak dari syarikat penerbangan, terdapat beberapa kekurangan yang membuatkan saya menambah insuran perjalanan lain. Terdapat pakej keluarga yang lebih jimat boleh juga didapati dimana tanggungan untuk suami, isteri dan 2 orang anak. Ianya memang cukup untuk keluarga kami.

Janganlah sesekali anda ke negara orang tanpa membeli insuran travel. Terdapat pelbagai insuran yang menawarkan travel insuran seperti Etiqa Takaful, AXA dan lain2. Sekiranya anda ingin ke Jepun, insuran Sompo menawarkan cashless service sekiranya berlaku apa2 dan memerlukan anda masuk hospital disana. Kos perubatan di Jepun adalah berkali kali ganda jauh lebih mahal dari Malaysia. 

https://www.axa.com.my/travel-insurance-malaysia

https://www.etiqa.com.my/v2/travel-insurance-takaful/tripcare-360-takaful

 

9. Jadual Itinerari (Itinerary)

Bagi memastikan perjalanan pelancongan berjalan dengan lancar. Keperluan membuat jadual itenerari amat penting melainkan anda pergi dengan agensi pelancongan kerana semuanya mengikut jadual yang disediakan oleh agensi tersebut. Tetapi jika anda pergi sendiri, keperluan itinerari amat penting. Mengikut pengalaman kami ke Jepun, pihak imigresen di sana akan meminta itinerari terutama jika anda melancong solo dan sama juga jika anda ke Australia. Jika tidak bernasib baik, pihak imigresen akan menyoal tempat anda tinggal dan jika tiada butiran lanjut tentang tempat tinggal dan perjalanan, mereka mungkin fikir anda akan tinggal lama di negara tersebut dan berkemungkinan diarah pulang semula ke negara asal. Terdapat beberapa kes dimana pelancong dari Malaysia dihantar pulang terutamanya jika anda lelaki atau perempuan dan travel antara 1-4 orang dan bukan berkeluarga. 

10. Sila email Kedutaan Malaysia di negara yang ingin anda lawati sebelum anda pergi ke negara tersebut bagi memaklumkan perjalanan anda disana beserta alamat dan nombor untuk mereka hubungi.

Sekiranya ada bencana yang berlaku, pihak kedutaan Malaysia dapat membantu apa yang perlu. Anda juga dinasihati untuk menyimpan nombor kedutaan Malaysia di sana serta harus mengetahui dimanakah lokasinya sekiranya berlaku perkara-perkara kecemasan seperti bencana alam.

11. Bawa International Adapter. 

Plug di luar negara kadang-kadang tidak sama voltannya seperti di Malaysia. Pastikan anda membawa international travel adaptor untuk mengelakkan anda tidak boleh mengecas telefon, kamera atau power bank yang anda bawa. 

12. Bawa Ubat-Ubatan.

Bawa ubat-ubatan yang perlu terutama untuk anak-anak seperti ubat demam, ubat batuk, ubat sakit perut dan begitu juga untuk yang dewasa. Kos perubatan di sesetengah negara sangat mahal dan kos ke klinik juga berganda dari di Malaysia. Sekiranya anda mempunyai ubat yang mempunyai perskripsi tertentu dari doktor sila dapatkan dari doktor dan bawanya sekali.

13. Bawa Bekalan Makanan

Jika anda membawa makanan, pastikan makanan tersebut di dalam bekas yang dibenarkan seperti plastik bungkusan yang rapi. Antara makanan yang kami bawa sewaktu trip kali ini ialah roti Gardenia, My Chef, Mee Sedap, Nutella, Oreo, Susu tepung dan makanan bayi. Kadang-kadang kanak meragam jika beralih tempat. Pastikan mood mereka baik sepanjang masa perjalanan dan bawa makanan kegemaran mereka. Kami juga membawa beberapa peralatan untuk makan memandangkan kami tinggal di hotel dan keperluan seperti gunting, cawan dan pinggan juga di bawa. 

14. Sediakan Senarai Semak (Checklist)

Checklist amat penting kerana ia membantu kita untuk membawa keperluan yang sepatutnya sepanjang perjalanan di luar negara. Checklist sangat penting jika berjalan bersama keluarga. Disini saya sertakan checklist yang saya buat ketika ke luar negara.

 

15. Bawa Pakaian Yang Sesuai Mengikut Musim

Pastikan anda membawa pakaian yng sesuai mengikut musim yang ada di negara tersebut. Jika ke negara 4 musim dan pada musim bunga, luruh dan salji segala persiapan lengkap harus ada seperti winter jacket, longjohn, mufler dan sarung tangan serta kasut khas untuk musim salji perlu di bawa.

16. Bawa Kompas dan Sejadah Kecil Untuk Keperluan Solat dan Muat Turun Applikasi Di Dalam Handphone

Sebagai orang Islam, menyediakan peralatan untuk solat merupakan perkara utama yang perlu difikirkan ketika bermusafir. Jika anda ingin mengetahu waktu solat dan kiblat, terdapat beberapa applikasi yang boleh dimuat turun dari internet. Tetapi saya hanya memilih beberapa applikasi sahaja yang biasa saya gunakan iaitu Muslim ProIslamic Finder dan Qiblat Finder. Handphone mungkin boleh membantu anda untuk menentukan arah kiblat. Terdapat pelbagai applikasi yang ada di dalam handphone tetapi tidak ramai juga yang tahu dimana handphone begitu sensitif bila dekat dengan logam (metal atau besi). Untuk mengetahu kiblat yang betul ialah anda boleh membuat perbandingan menggunakan kompas secara manual dan di dalam handphone. Kadang-kadang arah yang ditunjukkan tidak sama dan bermaksud ada gangguan yang berlaku membuatkan arah kiblat di dalam handphone berubah. Terdapat juga handphone yang tidak ada kompas seperti telefon Samsung Note 9 yang saya guna. Saya sudah mengesahkan sendiri dengan Muslim Pro ketika ke booth mereka sewaktu MATTA fair apabila saya sukar untuk mendapat arah kiblat menggunakan handphone saya. Jadi pilihan saya ialah membawa kiblat secara manual adalah pilihan yang terbaik. Bagi menentukan menentukan kiblat anda harus tahu dimana Barat dan kiblat berada di sebelah barat laut.

17. Salinan-salinan dokumen-dokumen juga diperlukan.

Ia penting sekiranya handphone yang menyimpan maklumat kehabisan bateri atau hilang sewaktu perjalanan. Macam-macam perkara boleh berlaku. Jadi pastikan salinan-salinan ini juga dibawa. Antara salinan-salinan yang perlu di bawa ialah berikut:

a) Salinan Hotel Booking

b) Salinan Tiket Kapal Terbang

c) Salinan pengesahan tempat penginapan baik airbnb ataupun hotel. Pastikan anda mempunyai alamat tersebut dengan lengkap.

d) Salinan passport. Ini kerana jika anda kehilangan passport sekurang2nya salinan itu boleh membantu Kedutaan Malaysia di Tokyo untuk anda membuat passport baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *