Travelog Ke Jepun
Hari Ke Lapan – 9 November
Harajuku
Hari ni kami ke Harajuku dan destinasi pertama ialah ke kedai kasut Sketchers. Untuk ke sini sangat mudah kerana kedai ini betul-betul berada di depan stesen Harajuku. Bila keluar je stesen dah boleh nampak. Setiap kali ke Tokyo saya pasti akan membeli kasut di sini dan harganya lebih murah sedikit dari yang ada di Malaysia manakala fesyen yang ada di sini lebih terkini dibandingkan dengan di Malaysia. Kedai Sketchers ini kelihatan sebaik anda keluar dari stesen JR Harajuku.
Kemudian kami terus ke Takeshita Street atau dikenali juga dengan Takeshita Dori. Kami berjalan disekitar Harajuku sebelum mencari Luke Lobster untuk makan tengahari. Rangkaian Luke Lobster ini terdapat banyak di sekitar Tokyo.
Harajuku yang padat dengan lautan manusia dan dikenali juga street of fashion. Dikenali sebagai street of fashion dan gaya fesyen remaja yang paling ekstrem di Jepun, tetapi di sini juga menawarkan pusat membeli-belah untuk orang dewasa dan beberapa tapak bersejarah yang menarik. Tumpuan budaya remaja di Harajuku ialah Takeshita Dori (Jalan Takeshita) dan jalan-jalan tepinya, yang dipenuhi oleh butik fesyen, kedai pakaian terpakai dan kedai makanan segera yang menjurus kepada remaja yang mementingkan fesyen dan trend.
Di selatan Takeshita Dori ialah Omotesando, jalan luas yang dibarisi pokok dikenali sebagai Champs-Elysees Tokyo. Di sini ada kedai, kafe dan restoran jenama terkenal. Kompleks Omotesando Hills yang bergaya dibuka pada tahun 2006 dan menyasarkan penduduk bandar yang mementingkan fesyen dalam lingkungan 30-an dan 40-an, manakala Kiddy Land mempunyai ratusan mainan unik untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur.
Selepas berjalan di sekitar Harajuku kami ke Luke’s Lobster kedai yang famous di sini.
Luke’s Lobster (Harajuku / Omotesando)
What to Order: Luke Lobster Roll US (JPY 1706)
Opening Hours: Daily 11am to 8pm
Directions: 10 minute walk from Harajuku Station
English Address: 6-7-1 Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo
Japanese Address: 6-7-1 東京都渋谷区神宮前
Other Branches: www.lukeslobster.com/locations
Terdapat beberapa rangkaian Luke’s Lobster di Tokyo tetapi Luke’s Lobster di Harajuku / Omotesando paling enak dan memuaskan
Untuk membeli luke lobster ini, anda harus beratur panjang dan jangan risau kerana di Jepun adat beratur adalah perkara biasa.
Item yang paling popular dalam menu sudah tentulah Lobster Roll. Terdapat dua saiz iaitu saiz biasa (JPY 1058) dan saiz US (JPY 1706). Menu ini juga menawarkan gulungan makanan laut lain seperti Crab Roll (JPY 1490) dan Shrimp Roll (JPY 1026). Anda juga boleh mencampur dan memadankan untuk mendapatkan gulungan gabungan seperti Lobster & Crab Roll (JPY 1706) atau Lobster & Shrimp Roll (JPY 1490). Terdapat juga kerepek kentang cerek dan coleslaw. Anda boleh menyemak menu penuh di atas. Ambil perhatian bahawa harga menu adalah sebelum cukai penggunaan sebanyak 8%.
Setelah berjalan di sekitar Harajuku, perjalanan seterusnya ialah ke Shibuya. Setiba di stesen Shibuya, kami mencari exit ke Hachiko Statue.
Kisah Hachiko seekor anjing yang menunggu tuannya adalah sejarah yang terdapat di Shibuya ini berdekatan dengan Sibuya Crossing.
SHIBUYA 109 ialah bangunan fesyen yang unik, menawarkan pelbagai pilihan jenama dan trend terhangat. Anda boleh mendapatkan barangan fesyen dengan harga yang berpatutan di sini.
SHIBUYA CROSSING
Shibuya Crossing, ialah lintasan pejalan kaki yang popular di Shibuya, Tokyo, Jepun. Shibuya Crossing ialah lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia, Terletak di hadapan pintu keluar Stesen Shibuya bersebelahan Patung Hachikō, di antara stesen dan persimpangan adalah tempat pertemuan biasa dan hampir selalu sesak. Tiga skrin TV besar yang dipasang pada bangunan berdekatan menghadap ke persimpangan, serta banyak papan tanda pengiklanan. Kedai Starbucks yang menghadap ke persimpangan juga merupakan salah satu yang paling sibuk di dunia. Trafiknya yang padat dan iklan yang dibanjiri telah menyebabkan ia dibandingkan dengan persimpangan Times Square di New York City dan persimpangan Piccadilly Circus di London.
Di sekitar Shibuya terdapat banyak shopping complex yang terkenal dan terlalu banyak untuk ditengok dan dilihat disekitar. Sewaktu musim bunga kami juga ada ke sini dan boleh baca catatan kami di sini pada musim bunga. Terdapat beberapa tempat yang kami tidak pergi kali ini memandangkan kami sudah pergi sebelum ini. Antaranya Tokyo Metropolitan Building, Masjid CAMII, Selesai di Shibuya, kami terus balik ke hotel di Mystays Gotanda Station tempat tinggal kami.
Sila Klik Di Bawah Untuk Jadual Perjalanan Seterusnya