Musim Luruh di Jepun

Trip Musim Luruh Di Jepun Pada Bulan November 

Jepun mempunyai 4 musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim luruh dan musim panas. Kesemua musim ini memberi pengalaman yang berbeza kerana persekitaran dan suasana yang berlainan. Musim bunga dan musim luruh adalah dua musim yang paling saya suka ketika di Jepun. Kali ini saya kongsikan trip saya ke Jepun sewaktu musim luruh bersama keluarga selepas 7 bulan dari trip musim bunga kami pada bulan April yang lepas.

Trip saya kali ini bersama suami dan anak lelaki kami yang berumur 9 tahun. Sebelum ini kami ada membawa anak perempuan kami yang berusia setahun, tetapi kali ini kami terpaksa meninggalkan Ayra di Malaysia kerana perjalanan kami kali ini lebih jauh kerana kami akan menerokai beberapa bahagian di Kepulauan Honshu iaitu kepulauan terbesar di Jepun. Honshu mempunyai beberapa bahagian iaitu Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai dan Chugoku. Perjalanan kami kali ini dalam jarak jauh menggunakan Shinkansen iaitu keretapi laju di Jepun.

Area Yang Kami Cover

KANTO

  1. Tokyo
  2. Shinjuku
  3. Harajuku
  4. Shibuya
  5. Asakusa
  6. Ueno
  7. Nippori
  8. Ikebukuro
  9. Roppongi
  10. Akihabara
  11. Shin-Okuba
  12. Disneyland
  13. Disney Sea

CHUBU

  1. Kawaguchiko
  2. Gunung Fuji

KANSAI

  1. Osaka
  2. Kyoto
  3. Kobe

Tohoku

  1. Nikko

Trip ini selama 10 hari bermula daripada 2 sehingga 11 November. Ini adalah itinerari perjalanan kami. Jika dibandingkan sewaktu musim bunga sebelum ini, waktu itu dalam sehari kami hanya mampu pergi antara 3 hingga 4 tempat sahaja kerana membawa anak kecil dan datuk mereka. Berlainan pula pada kali ini perjalanan kami bermula seawal 6 pagi hingga lewat 11 malam, makan dan solat di luar sahaja. Ini adalah itinerari perjalanan kami yang ringkas.  Semoga ia boleh memberi manfaat dan memberi anda serba sedikit idea jika ingin  ke Jepun bersama keluarga. Susunan itinerari ini amat sesuai untuk keluarga mahupun bujang jika ke Jepun.

ITINERARY

Day 1

  • Arrival Narita
  • Narita Airport to Shinagawa via Narita Express
  • Night in Shin Okubo
  • Stay in Mystays Hotel Nippori

Day 2

  • Leave luggage at hotel and depart to Kyoto
  • Tokyo Station ti Kyoto Station via Tokkaido Shinkansen
  • Stop at Kyoto/Arashiyama Bamboo
  • Kyoto Station to Shin Osaka Station
  • Night in Namba
  • Stay in FP Grand South Namba walking distance to Shin Imamiya

Day 3

  • Shin Osaka to Shin Kobe / Himeji
  • back to Osaka / Namba  / Dotonbori
  • Stay in FP Grand South Namba walking distance to Shin Imamiya
  • Tennoji
  • Rinku
  • Namba
  • Dotonbori

Day 4

  • Check Out
  • Osaka Castle
  • Museum House of Living
  • Hard Rock Osaka
  • Osaka Station to Tokyo Station via Tokkaido Shinkansen
  • Stay in Mystays Hotel Nippori

Day 5

  • Check Out Mystays Nippori
  • Leave luggage at Mystays Gotanda
  • Tokyo Station to Kawaguchiko
  • Kawaguchiko Sightseeing
  • Stay in K’s House Kawaguchiko

Day 6

  • Kawaguchiko Station to Tokyo
  • Back to Tokyo
  • Ueno
  • Ikebukuro
  • Tokyo Disney Sea
  • Stay in Mystays Hotel Gotanda

Day 7

  • Nikko
  • Akihabara
  • Roppongi Hard Rock Cafe
  • Tokyo Tower
  • Stay in Mystays Hotel Gotanda

Day 8

  • Harajuku
  • Takeshita Street
  • Shibuya
  • Stay in Mystays Hotel Gotanda

Day 9

  • Nippori
  • Fly back to KL via Skyliner at Nippori Station

Day 10

  • Arrival KLIA

 

 

Penerbangan kami ke Jepun kali ini menaiki penerbangan ANA Airline, kelas ekonomi yang dibeli pada bulan September iaitu 2 bulan sebelum kami melancong. Sama juga seperti pada musim bunga sebelum ini, kami hanya membeli tiket 2 bulan sebelum ke Jepun. Jika anda ingin mendapat tiket murah, membeli tiket lebih awal lebih menjimatkan. Terdapat pelbagai halaman web yang boleh anda rujuk bagi mendapatkan tiket mengikut budget anda. Saya juga ada kongsikan antara halaman-halaman web yang boleh anda cuba untuk membeli tiket kapal terbang disini. Kali ini kami akan mendarat di Narita dan bukannya di Haneda. Apa beza antara kedua lapangan terbang ini sila klik Narita dan Haneda.

   

Disini saya kongsikan beberapa persiapan yang lakukan untuk melancong bersama keluarga.Ok jom saya kongsikan pengalaman saya sewaktu musim luruh di Jepun pada bulan November  dan beberapa perkara utama yang harus difikirkan bila melancong ke Jepun:

Itenerari Perjalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *