Travelog ke Jepun
Hari Pertama 2 November 2018 (Jumaat)
Sebelum Berlepas
Kapal terbang kami berlepas ke Jepun pada pukul 8.00 pagi. Kami bertolak dari rumah pada pukul 4 pagi untuk ke KLIA dengan Grab car dan tiba di KLIA dalam pukul 5 pagi. Ada 3 jam sebelum waktu berlepas dan ini membolehkan kami santai sahaja setibanya di KLIA. Sewaktu ke lapangan terbang Ayra waktu itu masih tidur lagi dan kami meninggalkan dia di rumah dengan nenek dan bibiknya. Sebagai ibu, perasaan saya pastilah sedih untuk meninggalkan dia di Malaysia tapi perjalanan kami bermusafir kali ini untuk meneroka bumi ciptaan-ciptaan Allah di bumi Jepun ini dan pengalaman membawanya sebelum ini membuatkan kami membuat keputusan meninggalkan dia di rumah di bawah jagaan pembantu rumah dan neneknya. Nasib baik Ayra rapat dengan bibiknya jadi kami tidak begitu khuatir untuk meninggalkan dirinya. Tetapi itu bukan keputusan yang saya suka ketika kami suami isteri berbincang untuk meninggalkan Ayra kali ini. Saya seorang ibu yang memang sukar untuk berpisah dengan anak-anak. Kerana itulah sewaktu saya mendapat peluang ketika bersama Petronas untuk bekerja di luar negara, satu keputusan yang sukar untuk saya buat kerana perlu meminggalkan anak saya ketika itu yang sulung masih kecil lagi. Syukur alhamdulilah saya kemudian ditugaskan di bahagian projek khas dan hanya bekerja di sekitar Malaysia sahaja. Sewaktu menempah tiket kapal terbang, saya juga tetap mendaftar Ayra di dalam tempahan kami untuk ke Jepun kerana Ayra masih kecil lagi iaitu 2 tahun dan dia akan berkongsi tempat duduk dengan saya. Setelah kami suami isteri berbincang, meninggalkan Ayra di Malaysia adalah yang terbaik jadi saya redha dan berdoa semoga dia selamat di rumah.
Malam sebelum kami berlepas ke Jepun segala persiapan telah saya siapkan mengikut checklist yang telah saya sediakan. Kebiasaannya saya mengambil masa dalam seminggu untuk pack barang-barang ke luar negara. Urusan barang-barang untuk dibawa dan packing semuanya saya yang uruskan dan suami saya akan memeriksa sekiranya ada yang tertinggal. Walaupun trip kami ini ala-ala backpackers tetapi ternyata bukanlah seperti konsep itu sangat memandangkan kami tinggal di hotel dan penginapan kami di Jepun nanti dekat dengan stesen keretapi. Kami membawa 3 beg iaitu 2 luggage yang setiap satunya besar dan kecil dan satu lagi ialah beg sandang. Klik disini untuk persiapan sebelum melancong ke luar negara bersama keluarga. Setibanya di airport, kami ke kaunter wrapping sebelum check in di kaunter. Pastikan sebelum anda wrapping, pastikan keperluan-keperluan untuk dibawa hand carry telah siap jika tidak nanti luggage akan dibuka semula dan ini akan menyusahkan. Setiap kali kami ke luar negara, saya akan pastikan luggage saya akan di wrap bagi tujuan keselamatan. Kaunter untuk wrapping terletak di tingkat sama untuk check in.
Setelah check in di kaunter ANA, kami bersarapan di kedai Kopi Time yang terletak bersebelahan dengan surau dan kemudian sebaik waktu subuh kami bersolat subuh dulu sebelum berlepas.
Selepas itu kami ke ruang perlepasan antarabangsa dan polis akan memeriksa boarding pass sebelum ke kaunter imigresen Malaysia. Selepas selesai di kaunter imigresen, untuk menaiki pesawat antarabangsa di KLIA, terus menaiki aero train untuk ke ruang perlepasan antarabangsa (boarding).
Di Dalam Pesawat
Kami menaiki ANA Air ke Narita Tokyo dan perjalanan mengambil masa selama 6 jam 40 minit. Masa yang diambil agak berbeza ketika kami menaiki Air Asia iaitu 7 jam 5 minit. Tempat duduk kami bernombor 30A, 30B dan 30C dan kedudukannya adalah di sebelah kiri pesawat. Sedikit tips jika anda ingin melihat Gunung Fuji apabila tiba di Tokyo nanti, sebaiknya duduklah di sebelah kiri pesawat seperti yang kami buat dan jangan duduk disebelah sayap pesawat kerana ia akan menghalang penglihatan anda untuk melihat gunung tersebut. Menaiki kapal terbang ANA mempunyai banyak perbezaan dengan kami menaiki kapal terbang Air Asia kerana penerbangan ini dikategorikan sebagai pesawat premium dan saya tidak perlu untuk membuat tempahan secara berasingan untuk makanan dan hiburan kerana ianya sudah ada di dalam pakej kecuali insuran perjalanan yang harus di add on. Memandangkan ANA ialah kapal terbang Jepun, makanan yang disediakan ada yang halal dan tidak halal. Untuk mendapatkan makanan halal, bila-bila sebelum hari berlepas selepas tempahan dibuat, anda haruslah menelefon bahagian khidmat pelanggan ANA atau boleh juga membuat tempahan melalui online untuk menempah makanan halal untuk pergi dan balik di dalam pesawat. Melalui tempahan online anda boleh melihat menu halal yang akan disajikan mengikut tarikh perjalanan anda terbang.
Borang-Borang Sebelum Ketibaan Di Jepun
Sila Klik Di Bawah Untuk Jadual Perjalanan Seterusnya
1 Comment
GuQin
(4 December 2019 - 6:42 am)My brother recommended I might like this website. He was totally right. This post truly made my day. You cann’t imagine simply how much time I had spent for this information! Thanks!