Tokyo

selamat datang ke tokyo

Jika anda pergi ke halaman tentang Jepun, negara ini dibahagikan kepada 4 kepulauan dan Honshu adalah kepulauan yang paling besar.  Manakala Tokyo terletak di bahagian timur pulau utama Honshu dan ia juga merupakan salah satu daripada 47 wilayah yang ada di Jepun.  

Tokyo terdiri daripada 23 kota pusat yang dikenali sebagai wad khas dan beberapa bandar dan desa. Sebelum tahun 1868, Tokyo dikenali sebagai Edo. Beberapa dekad kemudian, Edo telah berkembang menjadi salah satu bandar terpadat di dunia. Dengan Pemulihan Meiji pada tahun 1868, maharaja dan ibu kota berpindah dari Kyoto ke Edo, yang dinamakan Tokyo.

Tokyo adalah tempat yang paling saya gemari jika ke Jepun. Walaupun ia adalah sebuah bandaraya metropolitan yang sibuk dan kepadatan penduduknya yang ramai tetapi kedudukannya buatkan kita dapat merasai pelbagai suasana kesibukan bandar, kartun-kartun anime-anime, teknologinya yang tingginya dan  dalam waktu yang sama boleh merasai kecantikan alam semulajadinya yang ada dan adat budaya orang Jepun itu sendiri. Pelbagai taman cantik yang terdapat di dalam Tokyo, taman-taman tema seperti Disneyland, kedudukannya yang dekat untuk ke Gunung Fuji, Hakone dan Nikko menjadikan ianya menjadikan Tokyo adalah tempat yang paling saya gemari. Dibawah ini saya kongsikan di antara kawasan-kawasan yang sudah kami jejaki di Tokyo.   

Stay tuned and receive updates

Tokyo

Haneda

Haneda

Narita

Gotanda

Roppongi

uENO

Ueno

Shinagawa

Shibuya

Shinjuku

Ikebukuro

Asakusa

Odaiba

Nippori

Akihabara

Shin-Okubo

Harajuku