Welcome 2021 With New Dream New Thing New Motivation With Mary Kay

Konnichiwa!

Oh my god. Dah masuk bulan Mei 2021, dan ini bermakna sudah hampir 4 bulan saya tidak menulis dalam blog ni. Semasa saya mulakan penulisan di dalam blog tujuannya ialah untuk berkongsi pengalaman saya melancong dan mengembara bersama keluarga. Ia satu kepuasan bila dapat menulis kerana selain suka melancong saya juga seorang yang suka menulis. Tetapi sejak sosial media berkembang pesat dan tumpuan saya pada penulisan berkurangan kerana sibuk dengan sosial media. Dan dengan adanya blog ini akan membuatkan saya memaksa diri untuk menulis semula dan akhirnya menjadi satu hobi dan dalam waktu yang sama untuk earn extra income dengan penulisan di dalam blog ini.

Harapkan panas hingga ke petang teapi hujan ditengahari. Apabila pandemik Covid 19 melanda dunia pada bulan Feb 2020, dunia menjadi panik kerana gara-gara si Covid 19 yang menganggu ketenteraman dunia. Tidak siapa yang menjangka di zaman teknologi terkini tiba-tiba Allah tutunkan bala supaya manusia mengambil pedoman dan pengajaran bahawa Allah itu lebih berkuasa.

Memandangkan dunia sudah terputus hubungan, bukan sahaja dengan negara luar tapi antara negeri juga terdapat sekatan bagi menghalang virus covid tersebar. Jadi cita-cita saya untuk berkongsi dan menulis tentang pelacongan dan tempat-tempatyang saya lawati hanya tinggal begitu sahaja. Saya seorang yang suka membuat banyak perkara dalam satu masa. Dari seorang blogger dan youtuber akhirnya saya mencuba diri untuk berniaga. Pada mulanya saya mulakan dengan perniagaan Norwex atau dikenali dengan kain lap kayangan. Dan dalam waktu yang sama saya mencuba Mary Kay kerana saya juga seorang pengguna produk ini bermula pada tahun lepas. Setelah ditimbang tara ternyata Mary Kay ada perniagaan terbaik yang pernah saya jumpa dan sesuai untuk diri saya yang sangat sukakan online platfom.