Pengalaman Menaiki Jeep ke Lava Tour Gunung Semeru & Keindahan Air Terjun Tumpak Sewu, Kapas Biru dan Panorama Alam di Pronojiwo & Lumajang

Gunung Semeru, Gunung Megah di Jawa Timur

Gunung Semeru, gunung berapi aktif dan tertinggi di Pulau Jawa, adalah destinasi yang bukan sahaja memikat pendaki tetapi juga sesiapa sahaja yang ingin merasai aura gunung berapi dari dekat. Puncakya dikenali sebagai Mahameru dengan ketinggian 3676 meter dari aras laut. Gunung ini masih aktif dan kerap mengalami erupsi dengan letusan besar yang terakhir berlaku pada 4 Disember 2021 yang menyebabkan banyak yang terkorban.

Lava Tour Semeru – Menyusuri Jejak Letusan

Seawal pagi kami menaiki jeep khas untuk menjelajahi kawasan sekitar Semeru. Suasananya sangat mengujakan:

  • Jalan berdebu dengan latar belakang puncak Semeru yang gagah berdiri.
  • Panorama batu-batu lava, bekas aliran letusan gunung yang menjadi saksi sejarah alam.
  • Pemandangan megah yang membuatkan kita rasa kerdil di hadapan ciptaan Allah.
  • Hutan pinus menghijau dan kawasan sawah padi di bawah kaki Gunung Semeru yang menenangkan

Bagi saya, pengalaman ini sangat berharga. Tanpa perlu mendaki pun, kita tetap dapat merasai keagungan aura gunung berapi yang masih hidup.

Panorama Sawah Padi di Pronojiwo, Lumajang

Perjalanan kemudian diteruskan ke Pronojiwo, Lumajang. Di sini, terbentang liuas sawah padi yang berlatarbelakangkan Gunung Semeru. Suasanan desa yang tenang, udara segar dan pemandangan hijau kekuningan menjadikan tempat ini seperti lukisan alam yang hidup.

Air Terjun Tumpak Sewu – Niagara versi Jawa

Destinasi seterusnya ialah Air Terjun Tumpak Sewu. Digelar sebagai Niagara versi Jawa, air terjun ini unik kerana aliranyya melebar dan jatuh dari tebng tinggi dengan megah.

Melihat Tumpak Sewu dari viewpoint sahaja sudah cukup membuatkan hati bergetar. Bunyi deruan air yang deras , kabus halus, dan kehijauan hutan sekeliling menjadikan tempat ini destinasi wajib untuk pencinta alam & fotografi.

Air Terjun Kapas Biru – Hidden Gem yang Mempersonakan

Perhentian terakhir kami di Lumajang ialah Air Terjun Kapas Biru. Jika Tumpak Sewu terkenal dengan kehebatan dan ketinggiannya, Kapas Biru pula menawan dengan suasana lebih tenang. Airnya jernih kebiruan. Suasananya lebih santai, sesuai untuk duduk di tepi sungai, mengambil gambar, atau sekadar menikmati deruan air sambil merehatkan minda.

Tips Travel ke Semeru, Pronojiwo & Lumajang

  1. Pakaian: Bawa pakaian sukan atau trekking ssera jaket nipis.
  2. Kasut: Pilih kKasutdengan grip kuat penting kerana laluan ke air terjun agak licin.
  3. Bekalan: Bawa air minum atau snek kerana perjalanan agak jauh.
  4. Waktu terbaik: Datang pada waktu pagi hingga tengah hari untuk cahaya yang cantik dan suasana yang lebih segar.

Penutup

Gabungan Lava Tour Semeru + Tumpak Sewu + Kapas Biru + Pronojiwo & Lumajang antara highlight terbaik dalam trip saya ke Jawa Timur.

Ia adalah pengalaman seimbang antara adventure & healing – menyusuri gunung berapi dengan jeep, kemudian menenangkan diri di air terjun yang mempesona.

Bagi saya, kunjungan ke Semeru & Lumajang ini bukan sekadar perjalanan, tetapi satu cara untuk lebih menghargai keindahan alam. 🌋💦