Hari ini saya melalui pengalaman yang cukup unik. Bukan tentang gunung, pantai atau kafe cantik tetapi kisah tentang perjalanan seorang anak muda yang penuh semangat. Saya menjadi panel interview dan mencari Eksekutif muda untuk syarikat saya bekerja. Salah seorang calonnya datang jauh dari Felda Bera, menaiki motosikal datang ke Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi. Bayangkan, jarak yang bukan dekat, lebih 200 kilometer perjalanan dengan hanya berbekalkan semangat dan keyakinan.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke bilik interview, saya sudah boleh rasakan auranya. Berlatar belakangkan akademikya yang memang cemerlang, pelajar MRSM dan universiti. Tapi yang lebih memikat perhatian saya ialah keyakinan dirinya. Cara beliau bercakap jelas dan tenang, seolah olah perjalanan panjang tadi tidak langsung tidak melemahkan semngatnya. Kadang-kadang, keyakinan itu lebih penting daripada sekadar kelulusan di atas kertas.
Keluar Zon Selesa
Keberanian beliau untuk keluar dari zon selesa dan “travel” demi kerjaya betul-betul buat saya teringat perjalanan hidup saya sendiri. Saya sendiri pun mempunyai jalan hidup yang lebih kurang sama. Kadang-kadang pengalaman hiduplah menjadikan kita untuk lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Sebagai panel, saya banyak tanya soalan. Tapi ada juga soalan yang berstruktur supaya tidak lari objektif. Semua soalan beliau menjawab dengan tenang dan hanya satu soalan yang nampak membuatkan dia sedikit gelisah iaitu soalan tentang penampilan.
Pakaian kemas, cara bercakap bagus cuma rambutnya agak melepet. Saya berterus terang , “Kalau awak masuk kerja nanti, cuba pastikan rambut lebih rapi ya”. Dengan rendah hati dia menjawab, “Maaf puan, rambut saya jadi macam ni sebab saya pakai helmet dari pagi tadi”. Mashaallah, saya terdiam seketika. Saya terlupa yang beliau menunggang motosikal jauh dari Felda Bera untuk sampai kesini. Motor pun motor ayah yang dipinjam. Ayah pula seorang petani dan ibu pula seorang suri rumah. Pasti doa dari ibu dan bapanya membuatkan semua nya berjalan dengan lancar.
Refleksi Hari Ini
Kisah ini mengingatkan saya bahawa perjalanan bukan sematmata tentang melancong ke destinasi indah. Ia juga tentang usaha, pengorbanan dan keberanian dalam mengejar impian. Dari Felda Bera ke KualaLumpur dengan motosikal lama demi sebuah peluang pekerjaan, itu sendiri menggambarkan travel of determination.
Pengalaman hidup kadangkala adalah universiti terbaik yang menjadikan kita lebih bersedia mengahadapi segala kemungkinan. Ada masa jauh, penuh the baran, melelahkan tetapi dihujungnya menunggu pintu besar yang bakal mengubah hidup kita.
Apa pula kisah anda yang paling memberi inspirasi dalam hidup?Pernahkah anda menempuh perjalanan jauh hanya kerana satu peluang yang mungkin mengubah masa depan.