Tidak semua perjalanan bermula dengan tiket kapal terbang. Ada perjalanan yang bermula dengan hati yang ingin berubag, langkah yang ragu-ragu dan keputusan yang akhirmya menentukan seluruh jalan hidup. Begitulah kisah saya dengan Singapura.
Tidak ramai yang tahu..pernah satu ketika dulu, Singapura hampir menjadi destinasi penghijarahan saya. Setiap bulan saya akan ke sana, menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Johor, kemudian menyambung perjalanan ke Woodlands Checkpoint. Suasana Terminal Bas Larkin yang sentiasa sibuk, deretan penumpang dengan pelbagai destinasi, dan rasa teruja setiap kali menghampiri sempadan negara jiran yang maju dan teratur itu. Saya gelarkan Singapura sebagai “Mini Jepun” kerana bersih, teratur dan sagat displin.
🕌 Geylang — Kawasan Penuh Warna dan Kehidupan
Setiap kali menjejakkan kaki ke Singapura, kawasan Geylang menjadi pilihan penginapan saya. Pada mata orang luar, Geylang mungkin kawasan yang penuh cerita dan warna. Tapi bagi saya ia mudah mencari makanan halal, pengangkutan awam yang cekap, ada penginapan yang murah berbanding di tempat lain. Geylang ada komuniti Melayunya sendiri. Jadi walaupun saya berada di negara orang, berada di Geylang rasa ti terlalu jauh dari rumah. Dari kedai makan, surau, pasar mini membuatkan saya tidak terasa jauh dari tanah air.
Tip penginapan bajet: Selain Geylang, kawasan Bugis juga sesuai untuk backpacker, meriah, selamat dan paling penting dekat dengan stesen MRT.
🧭 Solo Traveller — Fasa Paling Membentuk Diri
Di usia muda, saya banyak berjalan seorang diri. Perjalanan solo banyak membentuk siapa saya hari ini. Ada masa hilang arah. Ada masa kelelahan. Ada masa hanya duduk diam di taman atau tepi sungai, memerhati manusia dan bertanya pada diri:
Apa sebenarnya yang aku cari?
Perjalanan solo mengajar saya:
- bertanya tanpa malu
- membuat keputusan sendiri
- mengurus masa dan keselamatan
- dan paling penting..
- mendengar suara hati tanpa sesiapa
Dari perjalanan inilah saya membuat banyak keputusan besar dalam hidup termasuk urusan kerjaya, masa depan dan hala tuju hidup. Dari situlah lahirnya banyak keputusan besar dalam hidup saya.
❤️ Pilihan yang Mengubah Arah Hidup
Pada satu ketika, saya menerima tawaran kerja di Singapura. Saya teruja, saya juga takut-takut tetapi saya benar0benar mempertimbangkan untuk berpindah. Namun sebelum membuat keputusan, mak berpesan:
“Fikir baik-baik dulu sebelum berhijrah di tempat orang”. Pesan itu benar-benar membuat saya berfikir panjang. Ayat itu sederhana tapi ia menikam jauh ke dalam dada. Saya fikirkan masa depan. Saya fikirkan keluarga. Saya fikirkan diri sendiri, adakah saya benar-benar sbersedia meninggalkan semuanya. Dan akhirnya, saya memilih untuk tidak berhijrah dan laluan hidup saya berubah ke arah lain yang juga penuh makna. Jodoh yang Allah panjangkan jodohnya, pengalaman kerja dan travel yang saya kutip di banyak negara dan keluarga yang menjadi pusat kehidupan saya sekarang. Keputusan itu membawa saya ke laluan lain yang ternyata penuh makna dan rezeki tersendiri. Kadang-ladang, rezeki kita bukan di tempat yang jauh.
👨👩👧👦 Dari Solo ke Family Traveller – Fasa Hidup Yang Berbeza
Hari ini, saya bukan lagi pengembara solo yang berjalan sendiri dengan kamera kecil. Saya kini sebagai seorang isteri dan ibu, saya lebih menghargai perjalanan yang dikongsi bersama keluarga. Setiap destinasi bukan lagi sekadar tempat untuk dilewati tetapi ruang untuk mencipta memori bersama suami dan anak-anak yang jadi peneman setia.
Saya pernah berjalan seorang diri dan saya suka fasa it. Tetapi fasa berjalan bersama keluarga adalah fasa yang tidak pernah saya sangka akan memberikan begitu banyak kebahagiaan. Bersama suami dan anak-anak, setiap destinasi bukan sekadar tempat untuk dilawati, tetapi ruang untuk mencipta kenangan yang akan kami kenang sampai bila-bila.
Bila saya fikir semula, kalau dulu saya berhijrah, mungkin hidup saya tidak jadi seperti hari ini. Dan saya bersyukur dengan jalan yang saya pilih. Saya tak berhijrah dan saya tak menyesal. Kerana saya belajar…kadang-kadang kita perlu berjalan jauh untuk menghargai apa yang sedang menunggu kita dirumah sendiri.
📸 Galeri & Cadangan Gambar
🔗 Baca Juga di Jejak Travel Santai
❓ FAQ Singkat
1) Berapa kos kasar perjalanan KL–Singapura dengan bas?
Harga bergantung kepada musim dan opertor, namun untuk bajet, bandingkan tiket melalui platform dalam talia seperti Easybook atau BusOnlineTicket.
2) Kawasan mana sesuai untuk penginapan bajet?
Geylang dan Bugis antara pkawasan popular kerana mudah untuk akses pengangkutan awam iaitu MRT dan bas serta makanan halal.
3) Sesuai tak Singapura untuk family travel?
Sangat sesuai! Negara ini mesra keluarga, sistem pengangkutan yang cekap, dan kemudahan awam yang sangat terjaga.
