Travelogue ke Seoul Korea
Hari Pertama 1 February
Dari Kuala Lumpur ke Korea
Trip saya kali ini menikmati musim salji di South Korea. Penerbangan saya pada pukul 3.15 petang waktu Malaysia dan tiba di Seoul pada pukul 10.45 malam bersamaan pukul 9.45 waktu Malaysia. Penerbangan tiba agak lewat sikit, saya sampai pada pukul 11.00 malam. Tempoh penerbangan dalam 6 jam 30 minit. Beza waktu Malaysia dan Korea adalah 1 jam sama macam Jepun.
Dari rumah saya menempah Grab ke KLIA dengan bayaran RM120. Bertolak dari rumah pukul 9 pagi dan tiba di KLIA airport pukul 10 pagi dan saya memang suka tiba lebih awal di airport. Sepatutnya 3 jam lebih awal pun sudah memadai tetapi saya suka lebih awal dan setibanya di airport saya makan dulu kemudian solat zohor, dan melihat kapal terbang berlepas atau mendarat. Kali ini saya menaiki kapal Air Asia yang berlepas di Terminal 2 KLIA.
Dibandingkan tempoh perjalanan kami ke Turki pada enam bulan yang lepas iaitu 13 jam. Jarak ke Korea yang lebih dekat jadi tak perlu duduk lama di dalam pesawat. Inilah juga antara kenapa saya sekeluarga suka pergi ke Jepun dan Korea. Untuk ke Korea antara yang perlu dilakukan sebelum menempah tiket kapal terbang ialah memohon K-ETA iaitu Korea Electronic Travel Authorization. Untuk trip kali ini saya telah beli tiket terlebih awal sebelum saya memohon K-ETA tersebut membuatkan saya risau sekiranya permohonan tidak lepas. Proses yang sepatutnya ialah kena apply K-ETA dulu barulah beli tiket pesawat.
Ini adalah link untuk ke website bagi permohonan K-ETA untuk ke South Korea. https://www.k-eta.go.kr/portal/apply/index.do
Diatas adalah step untuk permohonan K-ETA dan result keluar dalam tempoh 2-4 jam sangat cepat. Sekiranya anda rasa leceh atau tak tahu nak isi, boleh juga bayar orang persendirian yang ada buat servis ni. Harga biasa untuk memohon K-ETA ialah RM40 seorang dan mereka akan charge RM70-RM80 seorang.
Selain dari itu terdapat beberapa persediaan yang kita wajib lakukan terutama bersama keluarga untuk mengelakkan kesulitan di negara orang. Saya ada kongsi di penulisan saya sebelum ini disini. Bila pergi sendiri kita lebih bebas bergerak dan kita akan ikut itinerari yang telah kita rancang. Tetapi bila pergi bersama travel ejen, kita hanya mengikut jadual yang telah disediakan. Cuma kita tak boleh menuyusun acara mengikut pilihan kita. Antara yang tak bestnya lagi ialah pengalaman kami bila kami ke Turki sebelum ini, tempat duduk kerusi di dalam pesawat tidak tersusun dan duduk berasingan kerana ejen buat tempahan secara kumpulan. Tempat duduk kadang-kadang tak dapat sekali dan berselerak pada mulanya kemudian nanti dalam pesawat kita akan tukar sesama sendiri. Agak leceh saya rasa. Sebab tu saya lebih suka pergi sendiri jadi tempat duduk dah teratur dan seperti tempahan di tiket. Tetapi jikan anda tak ada masa untuk belajar tentang negara yang nak dilawati eloklah pergi bersama travel ejen. Harga dengan ejen dan sendiri juga sangat berbeza. Bila pergi sendiri kita kena banyak buat perancangan dan mengkaji tempat yang kita nak pergi.
Satu perkara yang saya suka bila naik pesawat ialah berada di atas awan melihat kejadian tuhan. Rasa sangat kerdil diri ini. Saya menempah tempat duduk di tepi tingkap dan tiba di atas awan dapat melihat pertukaran siang dan malam sangat menakjubkan.
Saya tiba di Incheon pada pukul 11 malam bersamaan pukul 10 waktu tempatan dan pukul 11 waktu Malaysia. Setibanya di airport terus ke Terminal 2 menaiki train untuk mengambil bagasi dan melepasi kaunter imigresen dan kastam. Saya dah sediakan semua termasuk K-ETA tetapi alhamdulilah mereka mudah saje melepaskan keluarga saya dalam tempoh yang pendek. Mungkin juga sebab kami datang berkeluarga dan bukan solo dan berdua. Kebanyakan yang datang solo dan berdua untuk golongan muda kebiasaannya akan ditahan lebih lama dan masuk ke bilik temuduga kalau tak kena gaya. Kemudian selesai di kastam dan imigresen, kami ke luar ke bahagian ketibaan dan pemandu Klook yang kami tempah sudah menunggu di luar. Dari airpot Incheon ke hostel Zaza Backpackers Hostel yang kami tinggal ialah 49 minit dengan jarak 51.7km. Lokasinya ialah di Myeongdong dan sangat mudah untuk kemana-mana.
Alamatnya :
18-6 Namsandong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea
Phone: +82 2-3672-1976
Kelebihan hostel ini ialah ada microwave, mesin basuh di dalam bilik. Lokasinya lebih dekat untuk kemana-mana kerana kedudukannya di Myeongdong.Kekurangan hostel ini ialah tiada lif jadi perlu mengangkat luggage ke bilik. Terdapat 4 tingkat dan bilik kami berada di tingkat 3 kerana kami menempah bilik keluarga. Ada dua katil besar dan 1 katil bujang. Setibanya di bilik sudah hampir jam 12 malam dan kami dah pun makan sewaktu di dalam pesawat, bersihkan diri dan kami solat sebelum tidur untuk hari esoknya.