Bila nak travel ni

Sebagai seorang yang minat melancong dari kecil. Minat travel ni datang dgn sendirinya. Bukanlah sebab terlalu banyak duit sangat nak travel tapi sbb kepuasan diri meneroka alam dan bumi ciptaan tuhan. Cuma cara saya travel ketika saya bujang dan berkeluarga memang berbeza sangat. Kalau dulu-dulu bila tiba-tiba je teringat dan terasa nak pergi pack baju terus jalan kalau Malaysia dan Singapore lah. Kalau luar negara tengok harga tiket je tapi kehidupan dekat sana backpackers sahaja dan hotel budget atau hostel. Kalau dulu-dulu nak pergi mana-mana pun bawak map je. Janji dapat jalan. Makan pandai-pandailah cari nak hidup. Tapi tetap cari yang halal dan bawa bekalan dari Malaysia antaranya ikan bilis goreng atau serunding. Tapi dunia skrg dah berubah. Semuanya gara-gara ada internet. Ada Mr Google ada Mr youtube ada waze ada google map. Lagi mudah utk buat apa sahaja dan dapatkan info dihujung jari. Tapi siapa sangka dalam kehebatan teknologi, kuasa yang maha esa mengatasi segalanya bila diizinkan virus Covid berada di atas muka bumi ini. Semua perancangan terhenti.
Hei Covid cukup2 lah ada dekat atas bumi ni. Ramai orang tak sabar nak memakmurkan bumi ini. Semoga alam kita dipelihara hendaknya.
Perancangan untuk keluar negara terbantut bila pandemik covid 19 melanda. Tetapi inilah peluang untuk membuat simpanan untuk persediaan akan datang ke luar negara setelah pintu sempadan negara dibuka nanti. Di Malaysia sahaja masih banyak lagi tempat yang boleh dilewati. Jom kita doa sama-sama semoga wabak ini diangkat tuhan dari atas bumi ini.