Travelog ke Turkiye
Hari Kedua 3 September
Bursa
Perjalanan kami pada hari kedua ialah ke Bursa dan bermalam di Kusadasi. Kami bertolak ke Bursa dari Istanbul pada pukul 7.00 pagi selepas bersarapan di Hotel Mariot Courtyard dan menaiki bas untuk ke Bursa.
Menurut tour guide kami iaitu Mr Taifoon seorang berbangsa Turkish, kedudukan Istanbul terletak di bahagian Eropah dan untuk ke Bursa kami harus menyeberangi Selat Bosphorus melalui Jambatan Yavuz Sultan Selim dan masuklah ke sebelah Asia. Selat Bosphorus ialah laluan air terpenting yang terletak di Istanbul di barat laut Turki. Ia membentuk sebahagian daripada sempadan benua antara Asia dan Eropah, dan membahagikan Turki dengan memisahkan Anatolia dari Thrace. Ia adalah selat paling sempit di dunia yang digunakan untuk pelayaran antarabangsa. Terdapat 3 jambatan yang ada di Istanbul yang menghubungkan Istanbul melalui Selat Bosphorus selain Jambatan Yavuz Sultan Selim iaitu Jambatan Fateh Sultan Mehmet dan Jambatan pertama iaitu Jambatan 15 July Martyrs.
Perjalanan dari Istanbul ke Bursa mengambil masa 2 jam 30 minit dan jarak lebih kurang dalam 180 km. Sepanjang perjalanan kelihatan panorama negara Turkiye yang menarik. Setiap lokasi mempunyai pelbagai suasana yang berbeza.
Tibanya di Bursa kami terus ke Ulu Camii yang dikenali dengan Grand Mosque, Green Thomb dan juga Silk Market. Ketiga-tiga kawasan ini terletak di kawasan yang sama.
Ulu Camii
Green Thomb
Silk Market
Itinerari Perjalanan
Hari Pertama Ketibaan di Turkiye