Dari Kuala Lumpur ke Turki

Travelog ke Turkiye

Hari Pertama 2 September 

Musafir di Perantauan

Kami bertolak dari rumah di awal pagi mengunakan perkhidmatan jiran yang membawa grab dan subuh di KLIA. Memandangkan waktu sekarang musim Covid 19, kami harus mengisi My Sejahtera sebelum keluar negara dan Health Declaration Turkiye. Kali ini keluar negara lebih mudah kerana tidak perlu mengambil PCR dan cukup hanya melakukan test menggunakan self test kit sahaja di rumah.  Dibandingkan sebelum ini PCR wajib sebelum menaiki pesawat. Ini adalah rekod saya di dalam My Sejahtera 

Perjalanan ke Turkiye mengambil masa selama hampir 13 jam. KL ke Doha selama 7 setengah jam dan Doha ke Istanbul selama 5 Jam. Keseluruhan perjalanan didalam pesawat ialah 12 setengah jam. Sebelum memasuki sesebuah negara, keperluan sesebuah negara berbeza-beza sejak Covid 19 wujud di atas dunia ini. Sebelum bertolak kami mengisi Health Declaration di link https://register.health.gov.tr/. Maklumat kena isi 72 jam sebelum terbang tetapi berdasarkan pengalaman kami, sebaiknya isi lebih kurang 48 jam sebelum berlepas. Selepas isi, tolong print bawa hard copy sama untuk memasuki imigresen di Airport Istanbul.

Pesawat kami berlepas ke Doha pada pukul 11 pagi dan tiba di Doha Qatar pada pukul 12 tengahari  waktu Doha bersamaan pukul 7.00 waktu Malaysia. Beza Masa ialah 5 jam.  

Kami menaiki Qatar Airways ke Istanbul dan transit di Qatar.

 

 

Kami hanya transit selama satu jam di Doha dan berangkat ke Istanbul pada pukul 1.00 dan tiba di Istanbul pada pukul 6.45 petang bersamaan pukul 11.45 malam waktu Malaysia. Sebaik tiba di airport Istanbul kami menyelesaikan urusan mengambil bagasi dan tour guide kami berbangsa Turki telah menunggu di luar.

Kami ke bahagian stesen bas dan terus ke Hotel Marriot Courtyard 36 km dari airport. Kami terus masuk hotel dan  membeli makanan sewaktu perjalanan ke hotel.

  

Tamatlah perjalanan kami pada hari pertama.