Laluan ke Gua Musang ke Pasir Putih Kelantan

Kali terakhir saya pergi bercuti untuk tahun 2020 ialah pada bulan Januari iaitu ke Bali Indonesia. Kemudian pandemik Covid 19 melanda dunia membuatkan perancangan ke luar negara terpaksa di batalkan. Selepas PKP tamat pada bulan Mei yang lepas, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk pergi melancong termasuk saya dan keluarga. Beberapa bulan terkurung di rumah rasa agak mencabar dan sebaik kerajaan mengumumkan tempoh PKP tamat, ramai yang berpusu-pusu pergi keluar bercuti di dalam negara. Walaupun begitu langkah berjaga-jaga dan kawalan masih lagi berjalan sehingga 31 Disember 2020.

Percutian saya sekeluarga kali ini ialah ke Pulau Perhentian, Terengganu. Kami bergerak jam 5.00 petang dari rumah selepas pulang dari kerja. Semua persiapan sudah dilakukan awal pagi sebelum ke tempat kerja. Jadi bila pulang dari tempat kerja kami terus bersiap dan bergerak menuju ke tol Gombak. Kali ini percutian kami bersama sahabat kami yang berasal dari Kelantan. Sebelum ke Terengganu kami ke Pasir Putih Kelantan kerana jarak dari Pasir Putih ke Besut cuma dalam 24km. Kami bermalam dari Pasir Putih, Kelantan sebelum ke Besut, Terengganu pada keesokkan harinya. 

Jarak rumah saya Gombak, Kuala Lumpur ke Pasir Putih ialah ialah 410km melalui Gua Musang.

Pada awalnya kami ingin melalui Lebuhraya Pantai Timur iaitu melalui Terengganu sejauh 526km.

tetapi selepas pengiraan kami melakukan penjimatan sebanyak 116km apabila memilih laluan Gua Musang. Dari Gombak ke Hentian Gua Musang kami tidak berhenti dimana-mana kerana untuk mengejar masa supaya kami tiba awal di Gua Musang memandangkan jalan ke Gua Musang agak mencabar kerana tiada lampu jalan dan jalan gelap serta dua hala dan agak bahaya jika tidak biasa kerana banyak kenderaan berat lalu di waktu malam. Kami melalui Raub dan Kuala Lipis sebelum hari berubah gelap. Kami tiba di Gua Musang pada pukul 8.30 malam mengambil masa selama 3 jam dari Gombak.

Setibanya kami di Gua Musang kami berhenti berehat dan makan malam di Restoran Buluh beberapa meter dari Hentian Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Pasir Putih.

Perjalanan ke Pasir Putih mengambil masa selama 2 jam dari Hentian Gua Musang.

Jadi tempoh keseluruhan perjalanan kami ialah 7 jam. Di Pasir Putih, Kelantan kami menempah Homestay iaitu Aleesa Homestay yang terletak di Pasir Putih. Kami tiba hampir jam 11.30 malam dan terdapat lebih kurang 6 bilik di kawasan itu. Harganya cuma RM90 untuk satu malam dan amat berbaloi kerana biliknya bersih dan cukup untuk kami sekeluarga dua kecil dua dewasa. Suasana gelap dan sunyi kerana  hanya kami sahaja yang menempah bilik ketika itu manakala sahabat kami pulang ke kampungnya yang berdekatan. Asalnya saya orang kampung dan suasana seperti itu sudah biasa untuk saya tetapi memandangkan sudah lama menjadi orang bandar, suasana yang sunyi dan gelap membuatkan kami sekeluarga hanya tinggal di dalam bilik sahaja sehingga waktu pagi. Ketika menjelang waktu pagi, ketika menjengah ke luar homestay ternyata suasana malam yang sunyi malam tadi bertukar menjadi suasana amat nyaman di waktu pagi. Susun atur landskap di homestay juga menarik dengan gazebo dan pasu-pasu bunga mengelilingi halaman sekitar homestay.

Penginapan di Pasir Putih, Kelantan

Homestay Aleesa Homestay

Alamat

Aleesa Roomstay
Lot 912, Kampung Gelam

Jalan Jelor

16800 Pasir Puteh

Kelantan

Tel : +6013-3513748 (Please Whatsapp)

website link tekan disini

Di entri selepas ini saya akan menceritakan perjalanan kami ke Pulau Perhentian pula.

Selamat membaca.