Namsan Tower

Travelogue ke Seoul Korea

Hari Kedua 2 February

Masuk hari kedua di Korea dan suhu mencecah -4 dan anak-anak kesejukan tapi dalam waktu yang sama nampak keterujaan di wajah mereka. Alhamdulilah. Bulan Februari masih musim sejuk di sini tetapi bukan rezeki anak-anak dapat menikmati salji turun dari langit. Pada mulanya saya ingin ke Hokkaido tetapi tiket kapal terbang terlalu mahal membuatkan saya menukar lokasi ke Seoul. Korea Selatan. Kali ni saya menempah hostel dan namanya ialah Zaza Hostel terletak bersebelahan restoran Kampungku selera Malaysia. Kali ini ke Korea saya tak bawak banyak makanan kerana saya memang merancang untuk makan di luar sahaja. Kami sekeluarga terutama anak-anak memang suka makanan Malaysia dibandingkan dengan makanan Korea. Jadi sebab itu saya menempah bilik berdekatan dengan restoran Kampungku. Ada orang cakap kalau pergi ke negara orang kita kena rasa makanan negara tersebut. Betul untuk saya dan suami tapi mungkin bukan untuk anak-anak kami. Kesian pula nanti mereka rasa tak sedap nak makan dan akan buatkan trip kami jadi tak best. Selera mereka menjadi keutamaan kami. Bila anak-anak kenyang mereka tak buat perangai sebab perut kenyang dan senang untuk berjalan.

 

Kami sarapan dulu di hotel pagi ini dan hanya keluar tengahari supaya anak-anak tidak kepenatan sebab baru sampai malam tadi dan solat jamak dulu . Lokasi hari ini ialah berjalan-jalan di sekitar Myeongdong. Kami makan tengahari dulu di Restoran Kampungku kemudian ke Namsan Tower yang berada . Ketika mencari lokasi untuk ke Namsan Tower menggunakan google map baru saya perasan Google Map tidak user friendly di sana. Hanya Naver Map dan kakaomap sahaja yang berfungsi’

 

Restoran Kampungku

Bagi saya makanan di sini sedap dan menarik. Setiap kali kami ke restoran kami makan nasi lemak dan nasi goreng. Sedap sangat mungkin sebab beras Korea agaknya hihi…Seperti biasa di restoran ini pekerjanya ialah pelajar malaysia yang belajar di sana. Ada juga pekerja dari Indonesia juga belajar di sana.

Namsan Tower

Selesai makan kami berjalan kaki ke Cable Car untuk ke Namsan Tower. Jarak cuma 466m dari restoran. Cable car akan membawa ke atas dan tiba di Namsan tetapi ketika kami pergi Tower tidak bukak jadi kami hanya berjalan di sekeitar pun dah nampak cantik dan nampak pemandangan sekitar Seoul dan Myeongdong. Pemandangan yang cantik dan suhu yang dingin membuatkan suasana sangat cantik.

Beberapa jam di sana kemudian kami pulang ke hotel.

Myeongdong Street

Malamnya kami ke Myeongdong Street. Disini terkenal dengan street food dan terdapat banyak makanan halal di sini. Walaubagaimanapun, tetap hati2 bila nak beli makanan halal di sini. Takutnya tulis halal tapi sebenarnya tidak. Saya mengelak untuk membeli makanan yang berasaskan daging takut tak sembelih secara islam.