Selamat Tahun Baru 2022 Selamat Tinggal 2021

Happy New Year ! Selamat Tahun Baru 2022!

Masih tidak lewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca Jejak Travel Santai. Lama sudah saya tidak menulis di sini kerana keterbatasan pergi melancong membuatkan saya tiada perkongsian tentang melancong atau percutian. Alhamdulilah hari ni juga bermulalah hari persekolahan anak-anak. Sudah sekian lama mereka bersekolah secara PDPR di rumah kini tibalah masanya mereka kembali semula ke sekolah. Anak saya sendiri begitu teruja untuk ke sekolah kerana ingin bertemu rakan-rakan dan guru disekolah. Nampak di raut wajah keterujaan untuk kesekolah kerana lamanya memendam rasa kerana bosan berada di rumah belajar secara alam maya.

Kesian pada anak-anak zaman pendemik berlaku. Tidak pernah kita semua berfikir kejadian ini bakal berlaku. Tetapi siapalah kita hanya Allah yang Mampu Berkuasa dan mengizinkan ianya berlaku. Jika difikirkan dari satu sudut agak negatif tapi dari satu sudut lain terlalu banyak kesan-kesan baik juga yang berlaku. Atas kita sebagai hambanya melihatnya dari kacamata yang berbeza. Sudah tentu dari segi ekonomi terlalu banyak orang yang terkesan kerana ramai juga yang diberhentikan kerja. Manakala peluang pekerjaan juga terhad di zaman pandemik ini. Adik ipar saya sendiri seorang graduan Kejuruteraan Sivil dari Universiti Malaya salah sebuah universiti terbaik di Malaysia menghadapi kesukaran untuk mencari kerja kerana peluang yang terhad. Bukan tidak mencari tapi peluang pekerjaan yang terlalu susah untuk generasi muda mencuba.

Marilah kita berdoa moga pandemik ini berakhir, mungkin lagi setahun, mungkin lagi dua tahun atau mungkinkan virus ini akan ada sampai bila-bila. Kita harus meneruskan kehidupan bersama-sama dengan virus ini. Kita jaga kita !

 

Sumber : Majlis Perbandaran Ampang Jaya