Pada 12 Oktober 2019 (Sabtu), saya dan keluarga telah pergi ke I City Shah Alam melayan permintaan anak sulung saya untuk ke Snow Walk. Awal tahun ini, dia ada ke sana bersama rombongan sekolah dan katanya dia tidak puas bermain di Snow Walk sewaktu rombongan tersebut. Kali terakhir saya pergi ke sana anak sulung saya berumur 5 tahun dan sekarang ini dia sudah pun berumur 10 tahun dan hampir 5 tahun saya sekeluarga tidak datang ke sini. Waktu itu juga Ayra anak perempuan saya masih belum ada lagi dalam kehidupan kami. Saya sekeluarga ada perancangan untuk membawa anak-anak saya merasai musim salji. Oleh kerana itu, saya ingin melihat bagaimana anak-anak saya berhadapan dengan salji. Ternyata kedua-dua anak saya mereka memang suka dan bermain dengan seronoknya salji tiruan dan ais.
Alamat:
I-City, Persiaran Multimedia
40000 I-City, Selangor, Malaysia
Kawasan ini sangat luas dan terdapat beberapa tarikan
a. SnowWalk
b. Waterworld
c. Red Carpet
d. Trick Art Muzium
e. City of Digital Lights
Kami hanya berkunjung ke Snow Walk dan City of Digital Lights
Snow Walk
Sebaik kami sampai disana, kami terus menuju ke tempat letak kereta Snow Walk dan dari sini anda tidak perlu berjalan jauh untuk ke pintu masuk dan tempat membeli tiket.
Harga Tiket
Harga tiket lebih murah jika anda membeli secara online dan ianya harus dibeli sehari sebelum anda datang. Kami tidak membeli secara online dan hanya walk in ke kaunter tiket. Jika membeli secara online, harganya jimat RM2 seorang.
Harga tiket online dewasa – RM63
Harga tiket online kanak-kanak – RM55
Harga walk in dewasa – RM65
Harga tiket walk in kanak-kanak – RM53
Untuk kanak-kanak, harga tiket percuma jika ketinggian mereka tidak melebihi 90cm. Harga pakej termasuk kasut boot dan juga jaket.
Setelah membeli tiket, kami terus ke bahagian pintu masuk.
Pintu Masuk Snow Walk
Setelah melepasi pintu masuk anda akan berjumpa kaunter untuk mengambil kasut boot dan juga jaket. Jadi anda tidak perlu membawa keperluan anda sendiri jika tidak mahu tetapi untuk saya, saya membawa sarung tangan dan stokin kaki untuk keluarga saya dari rumah.
Terdapat juga loker untuk menyimpan barang peribadi dan harganya ialah RM3.
Setelah berpakaian lengkap, kami terus ke ruangan seterusnya untuk meneruskan pengembaraan kami. Sebelum masuk ke bahagian tempat sejuk, terdapat satu papan kenyataan yang menyatakan suhu di dalam Snow Walk ini dibawah suhu 8 darjah celcius.
Sebelum ke ruangan salji
Pameran Ais
Bermain Dengan Salji
Kami mengambil masa selama satu jam setengah di tempat ini dan anak-anak saya seronok bermain salji. Selepas pengembaraan di salji buatan ini, saya sudah boleh merancang untuk membawa mereka ke negara yang mempunyai salji satu hari nanti.
Di post akan datang, saya akan kongsikan perjalanan kami di bahagian City of Digital Lights.
Terima kasih kerana membaca.
Jejak Travel Santai