Harapan Tipis Untuk Keluar Negara

Omicron telah menggegar dunia. Selepas varian Delta kini Omicron pula yang melanda dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengumumkan varian baharu Omicron sebagai varian yang membimbangkan (VOC).

Kali pertama dilaporkan di Botswana dan Afrika Selatan pada 24 November lalu, varian ini merebak ke pelbagai negara di benua Afrika, Eropah, Asia dan Australia. ‘Keistimewaan’ varian baharu ini ialah bilangan mutasinya yang luar biasa, iaitu 50 mutasi yang menggabungkan beberapa mutasi VOC sebelumnya (Alpha, Beta, Gamma, dan Delta). Saintis masih berupaya mengetahui sama ada varian ini lebih mudah berjangkit dan berbahaya. Kadar jagkitan lebih tinggi dengan virus yang terbaru ini.

Ekonomi dunia dalam proses pemulihan dan kini kehadiran virus Omicron memberi tamparan hebat kepada pemulihan ekonomi dunia. Pelbagai negara mengenakan sekatan penerbangan semula untuk meyekat virus ini merebak ke dalam negara mereka.

Harapan untuk ke luar negara juga amat tipis memandangkan keadaan dunia kembali tegang dengan virus yang terbaru ini. Kita hanya boleh merancang hanya Allah yang menentukan. Dalam beberapa bulan yang lepas saya telah mula mencari informasi untuk keluar negara sewaktu musim endemik yang sesebahagian negara isytiharkan. Tetapi kini situasi tersebut mula berubah semula dan sekatan kini makin dipertingkatkan.

Kali terakhir saya melancong keluar negara ialah pada awal tahun 2020 iaitu ke Bali. Kemudian ke Pulau Perhentian pada bulan September 2020. Dan tahun lepas kami sekeluarga hanya berani bercuti di Melaka Swiss Garden pada penghujung tahun 2021.