Mengembara ke Turkiye bersama keluarga kecilku

Pada awal September yang lepas kami sekeluarga telah bercuti ke Turkiye selama 9 hari 7 Malam dari 2 September hingga 10 September 2022. Jika anda baca post saya yang sebelum ini ada saya ceritakan bagaimana saya tiba-tiba bercuti ke Turkiye. Boleh klik disini

Turkiye sebuah negara yang indah, di lokasi yang unik kerana sebahagian negara itu terletak di Benua Asia manakala sebahagiannya di Benua Eropah. Kedua-dua pertembungan budaya ini kelihatan di beberapa daerah di Turkiye. Negara ini mempunyai 4 musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim luruh dan musim panas. Kesemua musim ini memberi pengalaman yang berbeza kerana persekitaran dan suasana yang berlainan. Musim bunga dan musim luruh adalah dua musim yang paling saya suka untuk berjalan ke negara 4 musim kerana suhunya yang nyaman dan suasananya yang indah dan selesa untuk berjalan. Negaranya sangat luas dan jarak perjalanannya jauh tetapi menyenangkan dan indah. Alhamdulilah impian saya untuk roadtrip bersama keluarga juga terlaksana dan dimudahkan Allah.

Sumber : Nations Online

Jumlah perjalanan kami selama di Turkiye ialah sejauh 3000km lebih. Jauhnya seperti 4 kali perjalanan Johor Bahru ke Perlis. Kalau di Malaysia mungkin saya tidak akan pergi sejauh ini. Tetapi kerana mood melancong, perasaannya itu sangat berbeza. Jauh macam manapun saya redah jua. Kami pergi bersama agensi pelacongan Tiram Travel memandangkan saya suami isteri kurang yakin untuk pergi secara sendiri bila mengetahui banyak kes scammer di Turkiye. Jarak antara satu tempat ke satu tempat juga jauh dan kami merasakan pergi bersama agensi pelancongan lebih selamat, yakin dan memudahkan. Perjalanan kami banyak dihabiskan diatas jalan dan di dalam bas memandangkan negara ini sangat luas untuk di terokai. Perjalanan kami bermula seawal 6 pagi hingga lewat 10 malam, makan dan solat di luar sahaja. Di bawah ini adalah itinerari perjalanan kami yang ringkas.  Semoga ia boleh memberi manfaat dan memberi anda serba sedikit idea jika ingin  ke Turkiye bersama keluarga. Susunan itinerari ini amat sesuai untuk keluarga mahupun bujang kerana kami pergi bersama travel agensi dan semuanya sudah disediakan.

Trip Awal Musim Luruh Di Turkiye September 2022

Penerbangan kami ke Turkiye bersama Tiram Travel menaiki penerbangan Qatar Airways, kelas ekonomi. Bila pergi melancong dengan agensi kami tidak perlu menempah kapal terbang dan semua akan diuruskan oleh agensi. Kami membuat tempahan dengan agensi pada pada bulan Jun 2022 iaitu 3 bulan sebelum kami melancong dengan membayar deposit sebanyak RM3000 pada awal bulan Jun dan bayaran penuh 40 hari sebelum tarikh penerbangan iaitu pada 26 Julai beserta dokumen lengkap seperti di bawah

  1. SALINAN KAD PENGENALAN
  2. NO PHONE
  3. ALAMAT TERKINI
  4. NAMA DAN NO TELEFON WARIS YANG BOLEH DIHUBUNGI

Tukaran mata wang duit Turkiye dan Malaysia ialah

1 Lira = RM0.25

Mata wang Turkiye yang lebih rendah dari Malaysia buatkan seronok untuk berjalan dan berbelanja. Walaubagaimanapun di sana rata rata menggunakan USD dalam jual beli jadi harga barangan masih tetap mahal tapi tidak semahal berbelanja di negara Eropah lain. Selepas pandemik, ekonomi baru menginjak naik semula, jadi kena berpada-pada bila nak berbelanja. Yang penting dapat berjalan melihat negara orang pun dah cukup.

Perjalanan ke Turkiye mengambil masa selama hampir 13 jam. KL ke Doha selama 7 setengah jam dan Doha ke Istanbul selama 5 Jam. Keseluruhan perjalanan didalam pesawat ialah 12 setengah jam.

Disini saya kongsikan pengalaman saya sewaktu musim luruh di Turkiye:

Itenerari Perjalanan

Hari Pertama
Hari Ke Dua
Hari Ke Tiga
Hari Ke Empat
Hari Ke Lima
Hari Ke Enam
Hari Ke Tujuh
Hari Ke Lapan
Hari Ke Sembilan

Jika anda ingin mendapat tiket murah, membeli tiket lebih awal lebih menjimatkan. Terdapat pelbagai halaman web yang boleh anda rujuk bagi mendapatkan tiket mengikut budget anda. Bukan hanya tiket murah tapi berbagai persiapan juga harus disediakan. Saya ada menulis tips untuk melancong dan keperluan yang diperlukan boleh klik disini