Tempoh Musim Bunga (Mac – Mei)
Tempoh musim bunga di Jepun berlangsung dari bulan Mac hingga Mei.
Suhu Musim Bunga (5° – 20° Celcius)
Musim Bunga berlaku selepas musim sejuk. Suhu pada waktu siang antara 15-20° celsius dan pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga 10° celsius. Suasananya yang tidak terlalu sejuk, agak dingin dan amat nyaman untuk berjalan.
Walaubagaimanapun, suhu Musim Bunga mengikut lokasi juga berbeza dan boleh rujuk di Live Japan untuk suhu di Sapporo, Tokyo, Osaka, Hiroshima dan Naha.
Kelebihan Musim Bunga
Antara kelebihan pergi pada Musim Bunga ialah melihat bunga Sakura berkembang mekar.
Tips Melihat Sakura Pada Musim Bunga
1. Tempoh Sakura berkembang terlalu pendek jadi anda kena memastikan lokasi yang anda pergi sewaktu ianya tengah berkembang.
2. Anda boleh rujuk di website Japan National Tourism Organization untuk melihat ramalan sakura berkembang.
3. Masa terbaik untuk melawat: lewat Mac hingga awal April
Lokasi Menarik Menikmati Bunga Sakura
Musim bunga terkenal dengan bunga sakura dan terdapat pelbagai acara menikmati keindahan bunga sakura di sekitar Jepun dan sekiranya di Tokyo anda boleh melihat acara tersebut di beberapa kawasan seperti di
i. Ueno Park (Taman Ueno Onshi)
Akses: 2 minit berjalan kaki dari Stesen JR Ueno
Waktu Operasi: 5: 00 ~ 23: 00 (lampu dari 17: 30 ~ 20: 00)
Yuran Kemasukan: Percuma
Credit to Wikipedia
ii. Shinjuku Gyoen National Park
Credit to Halal Navi
Akses:
Shinjuku Gate
- 10 minit berjalan kaki dari Stesen JR Shinjuku atau;
- 5 minit berjalan kaki dari Stesen Shinjukugyoenmae Station line Marunouchi Subway
Okido Gate
- 5 minit berjalan kaki dari Stesen Shinjukugyoenmae Station line Marunouchi Subway
Sendagaya Gate
- 5 minit berjalan kaki dari Stesen JR Sendagaya line Chuo/Sobu
Waktu Operasi: 9:00 ~ 18:00
Yuran Kemasukan : 500 Yen
iii. Chidorigafuchi di Tokyo Imperial Palace, Chiyoda
Credit to KRMR
Akses:
5 minit berjalan kaki dari Stesen Hanzomon line JR / Hanzomon/Toei
Waktu Operasi: 5: 00 ~ 23: 00 (lampu dari 17: 30 ~ 20: 00)
Yuran Kemasukan: Percuma
iv. Taman Taito City Sumida
Credit to Go Tokyo
Akses:
5 minit berjalan kaki dari Stesen Asakusa line Asakusa/Ginza/Tobu Isesaki
Waktu Operasi: Terbuka
Yuran Kemasukan: Percuma
v. Taman Inokashira
vi. Sungai Meguro (Megurogawa)
vii. Taman Yoyogi
viv. Taman Koishikawa Korakuen
x. Taman Rikugi
sumber dari Live Japan