Musim Luruh Di Jepun

Musim Luruh Di Jepun

Jepun mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk, Musim Bunga, Musim Panas dan Musim Luruh. Keempat-empat musim ini memberi pengalaman yang berbeza kerana menghasilkan persekitaran dan suasana yang berlainan. Musim Bunga dan Musim Luruh adalah musim yang paling digemari oleh ramai orang termasuk rakyat Jepun itu sendiri. Tempoh Musim Luruh di Jepun berlangsung dari bulan (Oktober hingga November). Musim luruh dipenuhi dengan dedaun yang berwarna kuning, oren, dan merah.

Untuk memastikan daun-daun bertukar warna, sila rujuk lokasi yang anda pergi untuk mengetahui waktu kemuncak musim luruh. Pada akhir bulan November (waktu kemuncak musim luruh di bandar-bandar besar seperti Tokyo, Osaka, dan Kyoto), waktu golden hour dan blue hour sangat panjang. Musim Luruh berlaku selepas musim panas. Suhu pada musim luruh sama seperti musim bunga iaitu waktu siang antara 15-20° celsius dan pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga 10° celsius.