Ohaiyou Gozaimasu. Pagi tadi on the way ke tempat kerja saya terdengar perbualan di antara DJ radio dan bapa Aishah London seorang kanak-kanak yang berumur 7 tahun. Cerita mengenai Aishah menjadi viral bila dia boleh bercakap English dengan fasih. Walaupun tinggal di Langkawi tetapi kebolehan nya bercakap mengalahkan orang dewasa. Ibu dan ayahnya sendiri hairan dengan kepetahannya bercakap bahasa inggeris sedangkan kedua orang tuanya tidak mengajar dia bercakap. Kebetulan berita viral ini, saya juga sedang mengajar anak saya yang berumur bercakap Jepun dan English. Ayara anak saya berumur 2 tahun dan saya sedang cuba berkomunikasi menggunakan satu satu ayat di dalam Bahasa jepun. Antara ayat yang dia sudah biasa ialah Daijobu (Ok), Daijobu desu ka(Ok ke), Gomennasai (I am sorry), Nemasu (Tidur), Okimasu (Bangun), Inori (Solat), Ohaiyo Gozaimasu (Selamat Pagi) dan nombor-nombor. Bila saya listkan balik, banyak juga perkataan perkataan yang saya sudah gunakan bila bercakap dengan dia.
Mendengar berita tentang Aishah London tadi memberi inspirasi kepada saya untuk mengajar Ayra bercakap Jepun dari sekarang. Bukan hanya bercakap Jepun tetapi Ayra sudah menampakkan minatnya juga dalam berbahasa English. Kerana kebanyakan cerita kartoon yang ditontonya adalah di dalam Bahasa Inggeris jadi pemahamannya dan lebih mudah untuk dia bercakap. Semoga azam saya tahun ini untuk mengajar Ayra dalam berbahasa Jepun dan English akan terlaksana. Abangnya juga dalam diam sedang belajar tentang apa yang saya ajarkan pada adiknya. Memang dari dulu lagi saya sudah mempunyai cita-cita jika anak-anak saya akan mengikuti minat saya yang satu ini iaitu bahasa dan makanan Jepun. Jika bab makanan, Ayra masih terlalu kecil lagi tetapi abangnya Danish sudah menampakkan minatnya dengan makanan Jepun. Wahhh! Seronoknya. Jadi saya sudah ada geng sekarang ini dalam ber bahasa Jepun (Nihongo) dan makan makanan kegemaran saya. Dalam pada itu didikan bidang agama untuk kedua-dua anak saya amat saya titik beratkan. Ini mestilah menjadi asas yang penting sejak kecil untuk menjadi tiang pedoman dan akidah mereka sekarang, akan datang dalam hidup ini. Di dalam page saya tentang Nihongo ada saya kongsikan tips bagaimana untuk emngajar anak-anak berbahasa Jepun. Saya juga sedag menggunakan kaedah yang sama dalam mengajar anak saya sendiri.
Selamat membaca ya!
source : https://dinolingo.com/japanese-for-kids/japanese-culture/how-to-teach-children-japanese/